~Rohayuz~
Ratuku: Selamat Tahun Baru 2007

Ratuku

Kaulah segalanya untukku. Kaulah luahan hati ini. Tak mungkinku melupakanmu. Tiada lain yang ku harapkan hanya kau ...

Thursday, January 18, 2007

Selamat Tahun Baru 2007

Salam untuk blogger semua. Masih belum terlewat utk ucapkan Selamat Tahun Baru 2007. Semoga tahun ini lebih bermakna dan diberkati-Nya. AMIN

Pastinya setiap org dah bersedia dengan azam baru mahupun azam lama yg masih belum tertunai. Hehehe....biasa la tu "carry forward". Yang pasti tahun ni amat bermakna buat diri ini kerana status aku telah bertukar.

Tanggal 25 November 2006 aku telah selamat diijab kabulkan dengan insan yang cukup istimewa dalam hidupku Wan Mohammad Fadzli a.k.a "Abe". Akhirnya tuhan pertemukan jodoh kami setelah hampir 5 tahun kami berkenalan dan 5 bulan mengikat tali pertunangan.
Walaupun dah sah bergelar suami isteri tapi kami terpaksa tinggal berjauhan memandangkan suami tercinta terpaksa bertugas nun di sana... Sandakan baaa... dan aku kerja kat KL. Demi tugas kami terpaksa berpisah.... :-( Waaaaaaaaaaaaaa.
Aku sentiasa berdoa agar hidup kami berkekalan dan dilimpahi rahmat oleh-Nya. AMIN

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Web Counter by TrafficFile.com