~Rohayuz~
Ratuku

Ratuku

Kaulah segalanya untukku. Kaulah luahan hati ini. Tak mungkinku melupakanmu. Tiada lain yang ku harapkan hanya kau ...

Thursday, December 17, 2009

Selamat Datang ke Dunia Baru

Salam semua...


Alhamdulillah... dapat juga kesempatan utk bukak blog yg dah agak lama x dibukak ni. Kali ni nk kongsi berita gembira tentang kelahiran baby gurlz yg di tunggu2. Tanggal 11 Dis 2009 jam 9.29 mlm, aku selamat melahirkan seorg bayi pompuan seberat 3.1 kg di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Hari ni genap seminggu aku berpantang.


Bersalin kali ni sama jugak dengan anak sulung dulu x banyak masalah. Alhamdulillah aku bersyukur sangat. Kalau anak pertama dulu awal 24 hari dari yang dijangka, kali ni pulak awal 9 hari dari tarikh jangka. Aku masuk wad bersalin jam 6.30 ptg dan 9.29 mlm aku selamat bersalin. Sebelum bersalin ni risau gak sbb Dr. sahkan aku kekurangan darah tapi semuanya OK. Baby dan ibu kedua-duanya sihat. Syukurrrrr...


Selamat Datang ke Dunia Baru.. ~WAN NUR DAMIA IRDINA~



Sunday, September 27, 2009

RAYA, RAYA, RAYA!!!

Salam Lebaran utk semua. Raya tahun ni anak laki aku dah masuk 2 thn. Syok la sikit nk g raya sbb dia dah boleh jalan x yah nk dukung2 lagi. Tahun ni kami sekeluarga beraya d'perantauan sbb cuti kejap sangat lagi pun bulan 11 dah cuti sekolah. Alang2 balik ujung tahun jer la. Sekali sekala beraya d tempat org ni seronok gak. Tambah2 lagi beraya kat Kepulauan Borneo ni. Ramai anak perantau yg x balik. Jadi kami beraya sama2 la.

memandangkan dah ada family n umah sdiri ni aku terpaksa la buat persiapan raya lebih sikit. klu aku x buat sapa lagi yg nk sediakn juadah, nak kemas umah, nak sediakan baju raya suami n anak. klu dulu pulang beraya d kg x pe la balik jer semua dah siap. Tolong apa yg patut jer. Penat jugak tambah2 dgn keadaan aku skrg yg tgh preggy ni. Dalam x larat sempat jugak aku sediakan juadah utk kawan2. Raya pertama sempat masak laksa. Buat laksa ni kena sedaikan 2 jenis kuah sbb ada yg x mkn laksa kelantan dan ada jgk yg x suka laksa penang. Jadik aku buat 2 jenis kuah la atas permintaan. Raya ke-2 aku x msk sbb dah plan ngan suami raya ke-2 kami keluar beraya umah kawan2. Raya ketiga lak masak nasi dagang. OK jugak la walaupun 1st time aku buat. Ingatkn dah x menjadik. Maklumla sblm ni makan yg mak aku masak jek. Bila dok jauh baru tau...hhehehehe...bagi yg x mkn nasi dagang aku sediakan nasi impit ngan kuah kacang. Last sekali aku msk nasi ayam pada raya ke-5. Inipun sbb ada kwn2 yg x sempat dtg masa raya pertama n ketiga. Penatnya tuhan saja yg tau... maklum la semua d buat sorg. Kebetulan pembantu umah pulak balik beraya. Kata nk dtg raya ketiga tapi sampai seminggu pun x dtg2 lagi. Raya sakan pulak dia....

Aku ni byk bercerita jer. Nk tempek gambar x der kikikiki... kamera beli samapai 3 ketul tapi satu pun aku x guna. Dah malas x der mood nak wat cam mana...bkn leh paksa2 kn...kn...kn.... Nak amik gamabr ni pun nk kena tgk mood jgk. Mls nk posing2 ni....hehehhe... cauuuuuu....

Friday, September 12, 2008

Hepi Besday !!!

Selamat Hari Lahir yang Pertama untuk hero kesayangan Ayah & Ibu...







Sedar tak sedar dah setahun umur anak ibu ni. Bila nak boleh berjalan ni... asyik meniarap...duduk...meniarap...duduk...hehehehe... x per la lambatpunibu x kisah asal anak ibu sihat...muahhhh...sayang dia

Dalam orang dok sibuk nak sambut hari merdeka nie... ibu pulak sibuk dok rancang untuk nak sambut birthday anak ibu. Maklum lah hero ibu ni anak merdeka. Lahir nyer tepat jam 6 petang pada tarikh negara kita menyambut kemerdekaan yang ke-50.

Kalau ibu sambut birthday pada 22 ogos 1980 anak ibu pulak 31 ogos 2007. Dua-dua sambut bulan ogos. Kebetulan pulak tarikh ni cuti sekolah. Memang kena sangat lerrrr... dapat la kita raikan besday sama-sama. Jangan jealous yer ayah...hehehehe. Ayah kena tunggu tahun depan yer utk dapatkan partner... insya Allah klu ada rezeki...kikikiki
Apapun ibu dan hero ayah nak ucapkan banyak2 tima kasih kat ayah sebab dan raikan kami berdua dalam majlis yang cukup meriah dan bermakna buat kami. Tq sooo much...muahhhh sayang ayah.


Memandangkan anak ibu ni hero @ cucu pertama tok ma dan tok wan, jadik besday tahun ni ayah n ibu pilih untuk celebrate kat umah diorng. Ramai sedara-sedara yang datang. Ibu n C'Ema sempat masak mee kari jer. Itu pun penattttt.... sbb ramai sgt sampai ke mlm. Tapi ibu tak kisah demi anak ibu yang ibu sayang ni....
Tapi yang best nyer... walaupun Eriq bukan cucu 1st nenek n atok... diorng still wat majlis jugak utk besday Eriq. Untung ada mak sedara yang ramai n baik ati. Diorg yang handle besday kat umah belah nenek. 2 kali ler anak ibu potong kek tahun nie. kebetulan C'Ma balik kg bercuti... so sempat la dia sediakan apa yang patut utk besday anak ibu ni. Tima kasih C'Ma sbb belanja kami KFC n belikan kek dan hadiah yang comelllll. Banyak anak ibu dapat hadiah ari tu... yang paling dia suka piono mainan yang dihadiahkan oleh mak long. TQ semua....
Gambar ni masa celebrate besday Eriq kat umah Nenek n Atok.







Thursday, May 08, 2008

HERO AYAH & IBU



Saya Anak Merdeka!!!


Fuyooo...hero ibu & ayah pegang bendera. Mana ambik tu... Mentang2 le anak merdeka. Sedar tak sedar dah besar hero ibu ni. Rasa cam baru jer ibu dpt baby tup...tup dh pandai meniarap yerrrrr.... Maklumla hero ibu ni tak membesar depan mata. Rasa terkilan jugak sbb x dpt nk menjaga dan tgk anak sulung membesar depan mata. Kalau ikut ati nk jer berenti kerja ikut ayah g sabah tapi rugi pulak rasanya kalau belajar tinggi2 pastu x kerja. Nak buat cam mana tuntutan hidup yang memaksa ibu utk berjauhan dengan anak ibu yg ibu sayang ni.


Insya Allah x lama lagi bila ibu dah dpt posting ibu janji akan bwk anak ibu dok sama-sama. Moga Allah makbulkan doa ibu...AMIN.


p/s : Dok ngan Tok Ma & Tok Wan baik-baik yer. Jgn nakal2 kesian Tok Ma. Muaaahhhh....

Sunday, August 19, 2007

Cuti sekolah datang lagi...

Cuti sekolah dah tiba. Walaupun cuti nyer hanya seminggu tapi amat bermakna buat ibu bapa sbb time ni ler nak spend masa ngan anak2. Bawak anak2 g jalan2 dan klu tak pun balik kg. :-)
Bila tiba time cuti sekolah ni aku pun tumpang seronok. Kenapa??? Hehehehe walaupun aku bukan nyer seorang pendidik tapi bila tiba time cuti sekolah otomatik aku pun akan jadik cikgu gak. Hahahahaha...
Sebenar nyer my hubby tu cikgu. Ngajar kat Sabah. So, bila tiba time cuti ni ler kami jumpa setelah sekian lama berjauhan. Kalau dia tak balik semenanjung aku yg akan g sana. Gilir lerrr... Semalam hubby sampai airport dari Sandakan lebih kurang kul 1.45pm. Nasib baik adik dia ada kerja kat KL so boleh ler dia g amik kat airport. Kalau harapkn aku, nak g bangi pun x lepas... x biasa sgt ler jln kat KL ni.
Sampai jer hubby kat umah, kitorng kuar mkn nasi briyani putrajaya. Tak tau ler apasal tetiba dia nk mkn nasi briyani. Agak nyer dah lama x mkn kot. Walaupun masa tu tekak aku cam x leh nk terima nasi briyani tapi aku pergi jugak. Amik ati my hubby... nnt kesian dia kempunan lak. Aku rasa cam x berbaloi jer g mkn situ sbb mkn sikit jer. Aku amik bryani ayam RM10, Hubby briyani ayam kampung RM14 dan adik ipar aku lak mkn briyani kambing RM12. Tapi diorg berdua tu mmg x sia-sia ler bwk g mkn situ. Licinnnn....
Lepas mkn tu aku bwk hubby balik umah sewa (umah bujang) yg kebetulan housemate sema balik kg tinggal sorng jer yg lum kawin ada kat umah. Kami lepak kejap jer sbb my hubby x selesa lama2... maklum ler umah bujang. Ptg tu kitorang keluar g shopping kat JJ Equine Park. Dah lama nk g shopping kat sini tapi tahan sabar jer sbb nak tunggu hubby balik nk g sama2. Sempat ler beli baju n seluar maternity 2-3 pasang. Seronok nyerrr dah lama x shopping... thanks to my hubby sbb sanggup layan permintaan aku.
Pasni kitorng mungkin lepak umah adik aku yg dah kawin tu sementara nk balik kg ari selasa ni... hurrraaayyyyyy...seronok nyer nak balik kg. Nanti boleh sambut birthday sekali kat kg 22hb tu. Seronok ooooo...reramai. Yeehaaaa...jumpa lg minggu depan setiba nyer dr kampung.

Sunday, July 22, 2007

Rezeki ada di mana-mana

Assalamualaikum...

Dah lama gak tak jengok blog ni. Dah berhabuk dah pun...hehehehe. Mmmm... ikutkan dah tak der ati nak bercerita tapi kuatkan semangat utk tulis sepatah dua setelah sekian lama x menaip. Minggu ni kerja sabtu ahad so cam biasa kerja x byk sgt jadi sempat ler nak luahkn perasaan.

Bulan ni adalah bulan yg penuh dugaan dan cabaran buat aku. Baru jer rasa seronok dan semangat nak dtg kerja walaupun badan rasa x larat tapi tetiba mood dah bertukar. Ini gara2 khabar berita yg aku dpt dari kengkawan mengatakan yang mereka dah dpt offer utk jadik "pemenen" staf. Tapi aku???... Waaaaaaaaaaaaaaaaa

Mula2 dpt berita ni aku mmg sedih dan terkilan gak napa dlm ramai2 aku jer yg x dpt (sebenar nyer ada 2 org lg kluang man yg senasib ngan aku). Mereka x jelaskn kenapa aku x dpt dan aku terpaksa buat tekaan dan andaian sendiri mengapa aku masih jadik "anak tiri". Memang aku sedih sbb selama ni klu ada jer kerja xtra yg ditugaskan kat aku, aku akan buat sepertimana yg diorg nak. Bukan berkira sgt tapi tetiba time cam ni mereka x pikir semua tu. Nape teruk sgt ker aku ni??? dan hebat sgt ker "anak2 baru" mereka tu??? tapi hebat ker tak aku mmg x nak pertikaikan sbb itu hak "anak2" mereka dan mereka mmg layak utk dpt semua tu. Tapi aku x phm cam mn penilaian "mereka" terhadap aku. Adakan berdasarkan kehadiran semata???

Kalau ikutkan dan pikirkan balik bukan nyer aku berkira sgt klu jadik staf kontrak atau pemenen. Bagi aku yg penting cukup bulan dpt gaji dan klu jadik "anak" diorg pun bukan nyer tinggi sgt pun gaji. Benefit pun bukan nyer apa sgt. Aku x kisah semua tu cuma aku rasa down bila dpt tau yg kengkawan lain dpt jadik "anak" mereka dan aku masih lagi "di anak tirikan". Mungkin jugak sbb aku ni x der yg nak support atau tlg promotekn. Tapi yg pasti ini bukan rezeki aku. Itu aku kena terima. Mungkin jugak lepas ni aku akan dpt rezeki yg lebih dari ni.... AMIN

Monday, February 05, 2007

Jawapan yg pasti...

Setelah berminggu-minggu dok berteka teki teka tekuk akhirnye pada 1 Feb 2007 aku mendapat jawapan yang pasti. Aku telah mendapat pengesahan dari Dr. Rohaya yang aku telah mengandung 6 minggu. Aku Pregnant???? :-) :- :-(

Perasaan mula bercelaru antara gembira, panik dan sedih... Aku seolah-olah tak boleh terima hakikat yang aku dah mengandung. Tapi atas pujukan dan nasihat dari suami tercinta akhir nyer aku dpt terima berita ini sebagai rezeki yang Allah kurniakan.

Aku gembira kerana aku bakal bergelar seorg ibu... Aku mmg sukakan kanak2 mungkin ini salah satu sebab mengapa aku gembira mendengar berita ini tapi kenapa panik...sedih. Mungkin memikirkan keadaan yang terpaksa berjauhan dengan suami. Macam mana nk atasi masalah kalau ada sesuatu yang berlaku nanti.

Alhamdulillah berkat sokongan keluarga dan rakan2 aku semakin bersedia. Kenapa mesti sedih menerima berita ini sedangkan pasangan lain yang berkahwin bertahun2 masih belum dikurniakan zuariat. Aku patut bersyukur dengan kurniaan ini. Amanah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T seharusnya dijaga dengan baik dan disyukuri. Semoga aku memperolehi kekuatan dlm menempuhi "dugaan-dugaan" mendatang. AMIN


Web Counter by TrafficFile.com