~Rohayuz~
Ratuku: February 2007

Ratuku

Kaulah segalanya untukku. Kaulah luahan hati ini. Tak mungkinku melupakanmu. Tiada lain yang ku harapkan hanya kau ...

Monday, February 05, 2007

Jawapan yg pasti...

Setelah berminggu-minggu dok berteka teki teka tekuk akhirnye pada 1 Feb 2007 aku mendapat jawapan yang pasti. Aku telah mendapat pengesahan dari Dr. Rohaya yang aku telah mengandung 6 minggu. Aku Pregnant???? :-) :- :-(

Perasaan mula bercelaru antara gembira, panik dan sedih... Aku seolah-olah tak boleh terima hakikat yang aku dah mengandung. Tapi atas pujukan dan nasihat dari suami tercinta akhir nyer aku dpt terima berita ini sebagai rezeki yang Allah kurniakan.

Aku gembira kerana aku bakal bergelar seorg ibu... Aku mmg sukakan kanak2 mungkin ini salah satu sebab mengapa aku gembira mendengar berita ini tapi kenapa panik...sedih. Mungkin memikirkan keadaan yang terpaksa berjauhan dengan suami. Macam mana nk atasi masalah kalau ada sesuatu yang berlaku nanti.

Alhamdulillah berkat sokongan keluarga dan rakan2 aku semakin bersedia. Kenapa mesti sedih menerima berita ini sedangkan pasangan lain yang berkahwin bertahun2 masih belum dikurniakan zuariat. Aku patut bersyukur dengan kurniaan ini. Amanah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T seharusnya dijaga dengan baik dan disyukuri. Semoga aku memperolehi kekuatan dlm menempuhi "dugaan-dugaan" mendatang. AMIN


Web Counter by TrafficFile.com